Sunday, 28 December 2014

٢٠١٤

Yang erat dipegang,
Akan terpaksa dilepaskan.
Yang selalu bersarang,
Tidak pasti diperlukan.

Tahun ini kian berakhir, semakin tertutup tirai tanda habis episodnya. Sipnosisnya ada kemas tersimpan rapi dibenak minda aku. Ringkasannya aku tulis agar suatu ketika bila mula dilupai masih boleh aku selak kembali membaca jalannya.

Dua kosong satu tiga, tahun mulanya pengajaran hidup. Tidak hilang semua masih ada tercatat dilaman ini semua kisah. Bila dibaca segar kembali segala kenangan bagaimana aku lepasi liku tajam dengan gaya bebas. 

Dua kosong satu empat, diawalnya aku menjadi manusia sebaik baiknya, sentiasa sujud, sentiasa jalani kehidupan mengikut landasan lurus. Permulaan yang sangat baik buat insan yang telah lama terlajak dari jalan yang benar. Beberapa bulan hidup kumpul pahala, tenang bahagianya diri ini cuma aku yang rasa ketika itu. 

Ujian pertama hadir menghembus segala pahala yang aku kumpul menjadi sia sia belaka. Perkenalannya ringkas cuma sekadar ingin membantu tetapi semua berubah sekelip mata. Satu demi satu malapetaka hidup, mula hinggap disetiap sudut jasad aku. Sedikit demi sedikit hati aku mula hilang fungsinya, setiap kesukaan iblis semua aku jamah tanpa ada rasa. Dunia aku hancur diatas tangan aku sendiri, menyesal? 
Tuhan tahu, hanya Dia yang tahu apa yang sering hati aku bermain ketika itu. Setannya aku ketika itu, jangan cakap ihsan sedikit belas pun aku tidak pernah beri untuk semua yang aku kenal. Guna guna & terus guna.
Setelah beberapa pengajaran aku terima penyesalan demi penyesalan untuk setiap perbuatan mula wujud, aku bukan lagi diri aku yang dahulu. 

Tuhan mula pegang tanganku kembali, tuhan mula tarik aku dari terus hanyut. 

Istidraj, tahu? Ujian yang diberi Tuhan untuk manusia. Diberi segala kesenangan yang diperlukan, hidup mula tiada rasa duga. Contoh? Alam kolej, satu minggu aku hadirkan diri cuma sekali. Kadang dua tiga bulan pun jarang sekali untuk nama aku bertanda. Hidup aku mula seorang, banyak lakukan hal sendiri. Hadirnya aku ke kolej cuma waktu penting ketika itu hanya kuiz, ujian & assignment berkumpulan. Kalau hari biasa aku banyak habiskan masa dirumah sewa entah aku sendiri tak tahu apa yang aku luangkan. Tuhan bagi aku peluang, banggakan keluarga. Aku cuma cover semua subjek untuk satu malam sebelum final. Masih segar terasa hangat ciuman ibu dipipi kananku. Hidup aku kembali normal seperti remaja lain kadang hanyut kadang malaikat.
Pertengahan tahun dua kosong satu empat tamat.
Bermula semester 5, semester terakhir aku menjalani kehidupan sebagai pelajar. Kehidupan aku makin bahagia, tetapi aku masih hanyut dalam nikmat. Bahagia aku lain, bukan bahagia bersyukur. Seorang demi seorang aku kaji kehidupan, hadir & pergi bukan lagi diambil peduli. Hidup aku mula kukuh berdiri, aku mula ingat kembali setiap apa yang tuhan beri. Ramai yang datang menduga tetapi tidak seorang pun mampu jatuhkan aku waktu ini. Pertengahan semester 5, hadir seorang yang unik untuk aku kaji. Menarik minat aku untuk mendalami kehidupannya, jarang aku cuba terima orang kalau tidak ada kegunaannya buat diri sendiri, tetapi dia lain bukan untuk kegunaan. Tuhan ketuk hati untuk kali kedua barangkali, aku beri mana yang aku mampu. Tetapi semua tak berpanjangan, aku masih dengan diri aku, sentiasa tidak genggam walau sangat perlukan. Manusia berubah memang sekelip mata, Aku mampu rendahkan ego aku lebih rendah dari muka bumi ini kalau aku mahu, tapi semua tu aku rasa tak perlu. Kalau dia mahu, dia akan ada jua nanti. Lagipun, aku masih tak mampu untuk bina keluarga sendiri, masih banyak yang perlu aku baiki diri ini. Masih banyak yang perlu aku beri lebih perhatian dari aku kejar apa yang tidak pasti. Biarlah aku jatuh lagi, biar aku uji sendiri apa yang pernah aku lakukan dalam masa setahun ini, setiap pertemuan itu bukan kebetulan. Tetapi mesti bersebab. Tuhan bagi aku gembira & duka untuk aku rasa kehidupan, alhamdulillah sekali lagi mampu ukir senyuman diwajah ibubapa. Itu mungkin cukup untuk diri aku. Moga aku tidak sentiasa dalam keadaan istidraj, aku perlu bersyukur & terus menghadapi dunia yang entah akan bawa aku kemana nanti. Tengok berapa lama aku nak tunggu benda yang tidak pernah ada pasti. Kalau anda seorang yang kelakar, mungkin hanya anda yang mampu ganti & Buat bakal isteri yang aku sendiri tak tahu siapa orangnya, mohon hadir jap bantu aku bangkit, kalau nyawa tak panjang kita tak jumpa, jangan nak menyesal pula nanti asyik main hide & seek. 

Hidup nampak macam senang, orang tak hadap orang senang kata. Macam macam aku tanggung sepanjang hidup, takkan semua aku nak kongsi jadi santapan manusia lain? Bagi aku perempuan semua sama. Tetapi fitrah manusia kita tetap perlukan satu sama lain nanti, umur pun dah 20, sampai bila nak main main ni? Kalau nak main, pergi lah main dengan orang lain. Ngarut apa ni. Hm k dah dah. 

Moga perubahan diri kali ini kekal abadi.

Tamat 2014. Fuh panjang teroks. Night 🍃

Yang Indah,
Single man with best imagination.
زولفيكراي



Tuesday, 23 December 2014

JALAN TERUS.

Lantunan cermin tiada hilang,
Sekali buat pasti terbalas.
Hidup ini seperti bayang,
Sekali silap pasti terbabas.

Cuba kau toleh masa lampau,
Berhibur tanpa kira dosa.
Tiba masanya jasad kau terima,
Kiffarah kehidupan hadir mengajar.

Dulu kau gunakan manusia,
Ikut apa saja kemahuan engkau.
Bila habis guna dia engkau tinggalkan,
Terseksa luaran & dalaman pernah engkau peduli?

Sekarang datang kiffarah menjenguk,
Apa yang mampu engkau tahankan?
Satu demi satu pembalasan hadir,
Tidak pernah peduli engkau sedia atau tidak.

teruskan, tahankan semua jadi pasti hikmah. Sebaik Baik Perancang yang menentukan Segala-galanya. Dia lebih tahu bila tiba masanya.




Wednesday, 17 December 2014

Impian harian 5 kali.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa dosa besar.
Ampunilah segala dosa besarku,
Dosa besar kedua Ibubapaku, Dosa besar adik beradikku.
Ya Allah, Tuhan yang menjadikan langit & bumi. Tuhan yang menjadikan kami, sesungguhnya dari Engkau kami hadir & kepada Engkau jua kami akan pulang sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar, berkatilah hidup kami sekeluarga, berikanlah kami kebahagiaan, ketenangan & kejayaan didalam kehidupan kami di dunia & akhiratmu. Berikan kesihatan yang baik buat Ibubapaku, Permudahkanlah segala urusan didunia & akhirat kami. Limpahkanlah rezeki yang halal buat kami, berikanlah peluang untuk aku berbakti kepada mereka. Kuatkanlah iman didada kami ketika didalam dugaanMu sama ada susah & senang agar kami tidak tersimpang didunia yang sementara ini.
Ya Allah Tuhan yang Maha Melihat, ampunkanlah dosaku & dosa dosa orang yang pernah melakukan dosa bersamaku, sesungguhnya aku adalah hambamu yang hina seringkali gagal dengan godaan dunia ini. Berikanlah mereka kebahagian & ketenangan didalam kehidupan mereka sesungguhnya aku lah punca diatas dosa dosa lampau itu. Bukakanlah pintu hati mereka agar dapat memaafkan kesilapan aku yang lalu. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang & Engkaulah Maha Mengetahui segalanya didalam hati ini, aku serahkan takdir hidupku & keluargaku kepadaMu. Amin.

Sunday, 14 December 2014

Thanks ❤️

Its have been 8-9 month, I lost the most fav character of myself. Every wrongdoing I do on that period, deep inside of my hearts I always prayed for myself to getting back the fav moment of my life again. 
There's have devil inside my soul, that always guide myself far from my itinerary. Too much sin & wrong things I do without thinking what's will happen next. I always hoping someone will help pull me out from that darkest moments of my life. 
Thank you for come & fix my life back. I dont know how to say it to you for now, but when you read this somedays you must know you are the savior that sent by our Lord to get my life back.  Im glad because meet you as a friend and becoming as the second person that changed my dark side. 
In hopes this is not the end of chapter for me. Thank you so much & take care of yourself.

Saturday, 6 December 2014

Hati-hati dengan hati.

Lapang masa, lapang jiwa.
Setiap masa fikir nasib hidup yang tak pernah pandai bersyukur masih diberi pinjam nafas untuk tebus dosa dengan-Nya.
Harini sedar, esok bahagia senang senang lupa. Sibuk kejar dunia, selalu sibuk.

Kita tahu yang syurga itu kekal & terindah buat manusia, tapi kita tetap kejar dunia sementara yang tiada kekalnya.
Kita tahu yang disyurga berjuta bidadari akan bersama kita, tapi yang kita sibuk mencari individu yang tak tahu pasti atau tidak akan bersama kita untuk hidup & mati.
Kita tahu hanya dengan jaga solat & tingkah laku syurga yang dijanji pasti tempat kita, tapi kita masih tidak berusaha tahan hawa nafsu dengan godaan dunia sibuk ikut simpang neraka.

Semua yang baik & buruk kita tahu, tapi dunia ini bukan mudah untuk ditepis godaannya. 

Bila ada engkau lalai, bila hilang engkau cari. Bila dapat engkau lupa, bila tiada engkau meminta. 

Semua yang terjadi persalahkan takdir, tapi kalau usaha pun secebis, hangat tahi ayam jangan pula engkau berani nak salahkan pada Pencipta.

Nak syurga, perangai iblis.
Nak yang indah, hati sendiri hitam.
Nak tenang, semua perkara mungkar kau sebat.
Nak orang layan baik, dengan diri sendiri pun engkau kejam.

Pejam mata, ketuk pintu hati. 
Tengok sekeliling, ramai yang diduga lagi besar dari hidup kau. Percaya & yakin pada Pencipta Dia yang Maha mengetahui apa yang baik & buruk untuk engkau. Setiap yang dia tarik pasti dia ganti & buat engkau lebih mengenali dunia ini sebenarnya memang tiada makna untuk dikejarkan.

Sembang macam alim ulama' harini, esok esok hanyut dengan kebahagiaan dunia. 

Itulah aku manusia yang hina sering gagal dengan godaan dunia. Sampai bila?
Mohon ampun.


Sunday, 2 November 2014

ا ب ت

Aku sendiri tak tahu , apa yang ada & wujud dalam hati ini . Dilubuk ini terletak tempat dimana aku berdiri terapung apung & aku sendiri tak tahu arah & tujuan hidupku sebagai pembawa jasad ini diatas muka bumi .

Kadang aku seolah tahu apa yang aku mahu dalam hidup , kadang aku hilang tujuan & arah yang perlu aku ikuti . Ya mungkin yang terjadi sudah memang itu yang dimahukan oleh-Nya . Tetapi kadang aku tertanya mana ada tuhan yang ingin engkau bersifat iblis sentiasa . Jalan hidup ini bukan tertulis hanya pada satu watak sahaja . Engkau diberi pilihan sama ada ikuti yang baik atau terus jahanam didunia fana ini . "Engkau" . 

Aku sesali perbuatan & aku sendiri malu menghadap cermin memandang diri sendiri . Tapi tak pernah aku cuba perbaiki diri sendiri yang aku tahu hanya menyalahkan takdir . Bodoh .

Atas dasar itu semua aku takut wujudnya perasaan sayang pada manusia selain keluarga . Ya , manusia lain . Kerna kalau wujudnya perasaan itu , mungkin aku akan selalu salah jalan , aku bodoh menolak sesuatu yang aku sayang dengan  perbuatan aku sendiri . Sedangkan aku boleh buat dia sentiasa percaya & yakin dengan kewujudan aku . 

Tak guna berbicara panjang , pokok pangkal aku sendiri juga nanti . Mati nanti aku sendiri juga . Aku berserah segalanya kepada Yang mencipta langit & bumi ini . Moga moga Dia bantu aku dalam kehidupan bakal aku lalui .

Yang hina ,
موهمد زوافيكري فوا

Saturday, 27 September 2014

Akan ada seketika

Polusi dunia semakin sepi ,
Berjuta juta jiwa yang kejar hanya dunia.
Hidup ini kawan pada mati ,
Manusia sering berlumba buat yang sementara .

Tertutup ruang nafas baru tersentak yang selama ini hanya sia sia belaka . Akan ada seketika engkau bangun tersedia semua pagi mu indah dipenuhi kasih sayang yang cukup buat untuk kau tersenyum & bersyukur didunia . Engkau mampu miliki apa yang engkau mahu cukup untuk engkau terhibur seharian . Namun Pernah sekali engkau terfikir pada siapa engkau harus berterima kasih? Tidak , engkau terus hanyut kerna hati senang yang kau miliki .

Ada suatu ketika , pagi engkau penuh emosi kau hilang segala yang terbiasa engkau perolehi sebelum ini . Namun engkau teguh berdiri menjalani kehidupan hingga waktu menutup mata . Diuji engkau buat beberapa hari baru tahu engkau menitiskan airmata teringat pada yang Memberi setiap hari . Dibenak hati baru terbisik kata kata bahawa dunia ini tidak adil buatmu . Baru ingin sujud tanpa henti , baru engkau tahu menghargai . 

Tetapi ada suatu ketika , engkau perolehi kembali . Pagi senyuman mu tidak henti terucap terima kasih pada Tuhan buat segala alam ini . Namun , hidup ini sering silap makin bahagia kadang makin lupa . Engkau kembali hanyut dengan dunia yang entah kemana & tidak pernah engkau tahu berapa ulangan yang akan terjadi . 

Monday, 11 August 2014

Salah salah selalu salah

Arus globalisasi menghanyutkan pendirian yang cukup utuh didalam jiwa dulu . Pernah tak dalam hidup lu org takda masalah happy ja 24/7 ? 
Gua pernah rasa hidup macamtu , mana ada masalah berat berat datang macam hidup gua yang sekarang ni . Makin besar makin lifeless bro . Ya benda bosan jadi benda seronok itulah kehidupan yang dilalui buat masa ni contoh paling besar lagi terbukti benda yang gua tgah buat sekarang ni lah menulis benda benda yang mana mungkin ada faedahnya buat diri . 
Tapi benda ni lah yang gua nak buat juga pada waktu waktu takda sapa boleh faham kehidupan yang dilalui gua .
Tipulah 24/7 gua nak down ja , gua happy ja macamni hidup takda masalah buat ja apa nak buat tanpa fikir nak jaga hati sesiapa , tapi gua letih tahu tak ? 
bila lelama gua macamni gua pun tipulah gua tak teringin bila terjaga ada org perlukan gua . Bila nak lelap ada org yang risaukan . Bukan nak lah just teringin ja kan gua cakap , maksud gua tu family sentiasa ada sahabat sentiasa ada . Yang takda ni lah yang gua teringin kan tu . Sejak dua menjak ni malas gua mmg lain macam , diri gua yang dulu entah hilang terus kemana , serious bro rindu sia hidup gua yang tak rasa apa , just sujud ja masa tu . Kenapa lah gua masih tak cukup kukuh pertahankan hidup masa tu , kenapalah gua selalu salah pilih timing tolong kehidupan orang , kenapalah kenapalah kenapalah , kalau gua tak masuk atau tolong hidup orang pasti gua manusia yang tenang ja dalam kehidupan ni tanpa ada benda benda yang perlu gua hadap tiap hari hari akan datang . Nak menyesal tak guna tapi sedih juga kat diri sendiri ni . Gua happy tapi ada benda yang ganggu gua ni , elak gua potong 18 ja pemikiran ni . 
Tolonglah jangan mai dah benda benda ngarut gua nak handle tak larat semua ni , gua dah happy ni jangan kacau tau . Thanks 

Sunday, 3 August 2014

Hitam

Ya memang indah sungguh bumi ini ya ? 
Penuh dengan warna warni yang corakkan permandangan si boneka ,
Ya mungkin hitam itu lebih bergaya tapi kalau selalu dipenuhi hitam itu tahap bahaya . 
Semua sudah diberikan , masih lagi duduk mengeluh dunia tiada adil . Ya bukan senang jadi baik bukan senang jadi orang bersyukur mana mungkin mudah sahaja bersyukur dengan nikmat , namanya manusia yang jahil dari segala aspek . 
Pergi sana jalan hitam , lari jauh masih tersungkur dilumpur ya itu hidup beta , bukan tidak diberi jalan baik namun selalu pilih yang gelap kononnya jiwa kental mampu teroka kehidupan manusia lain yang lebih dinamik jalannya . 
Pejam celik ya dua tahun berlalu pantas ja , akhir detik semester makin padu ya ujian mentalnya . Tutup mata buat beberapa purnama ja lagi , banyak memori hitam yang perlu dipelihara hakciptanya untuk beberapa bulan ini . 

Goodbye .

Saturday, 26 July 2014

Sipnosis 20

Setiap hembusan nafas , 
Setiap sedutan nafas , penuh dengan penyesalan . Sisa sisa tubuh ini penuh dengan hidupan hina yang hinggap entah datang dari mana .
Setiap cahaya terbit , setiap itu tekanan yang dihadapi . Entah sampai bila ia masih mahu hidup didalam tubuh ini .
Pelbagai jenis pahit pahitan telah ditelan setiap detik terjaga setiap masa ingin berlabuh . Namun liat kental ia masih wujud . 
Sampai bila ia masih mahu jatuhkan pendirian diri ini ? Ya ingin saja aku sujud tak berdiri . Ingin saja lupakan segalanya .  Tetapi ia seolah menghantui pemikiran yang ingin kusyuk melupakan segalanya hal dunia .
Penyesalan bukan mendatangkan kebaikkan , ambil sebagai pengajaran agar tidak mudah mengikuti nafsu kehidupan , ya mudah saja menulis mudah saja berpesan , kalau sudah didepan mata mana iman yang ada ? 
Manusia mana yang ingin berhadapan dengan Tuhan dengan keadaan yang hina ? Tiada apa yang boleh diharapkan , selain dapat diberi peluang dalam masa keseorangan ini . Semoga semua baik baik sahaja .

Thursday, 24 July 2014

Nostalgia kehidupan , 
Penuh dengan irama nyanyian sumbang.
Kadang tersentak hati seperti mana manusia belajar membalas budi ? 
Diberikan emas , permata , berlian digantikan dengan duri & kaca tiada harganya .
Ya mungkin aku yang hina ini yang masih mengekalkan budi . Memberikan segalanya yang baik walau dibalas dengan bangkai bangkai hina . 
Sejenak terhenti nadi nadi kebaikkan , lelah jiwa ini ingin menanggung segalanya pembalasan yang murni sekali .
Ya mungkin kecilku celaka , tetapi tiadakah manusia yang berubah baik? 
Harta dunia sementara , kalau tersalah maafkan segalanya . 
Pelbagai ujian diturunkan mungkin memang benar dunia ini bukan milikku untuk memiliki kebahagian . Ya seringkali berikan sesuatu namun seringkali ditarik kembali . Adat kehidupan ini memang adil sekali , tersesat jauh hati ini hingga hilang talinya untuk ditarik kembali ke landasan . 
Namun manusia mana yang bongkak tiada hati ingin berubah , ingin sujud hanya kepada Satu arah , kerna kekotoran ini masih dijasad hilang segala keyakinan untuk berhadapan . Kalau tidak diberikan peluang untuk meminjam jasad ini kembali pada esok hari , penyesalan apa yang ingin diganti . Berharap peluang dihadiahkan hanya buat sekali . 
Kesilapan sering terjadi ya bukan mudah jalani kehidupan dewasa ini , berhadapan dengan beribu manusia yang penuh sandiwara didepan tunduk senyum , dibelakang mencela hina yang kononnya darah dagingnya sendiri .
Letih hadapi , moga semua ini berakhir suatu masa nanti .

Sunday, 6 July 2014

Detik akhir

Ya sudah dua tahun perah usaha tenaga yang melibatkan fizikal dan mental di kota asing . Detik akhir semester mula munculkan dirinya yang semakin memporak peranda kan jiwa ini untuk akhiri segala kesulitan ini secepat mungkin .
Akhir semester untuk belajar , selepas ini akan memceburi bidang perkerjaan seketika adalah detik detik yang semakin kencang untuk ditempuhi . Dek kerna kemalasan masih kuat berpaut ditubuh ini , orang lain sudah sibuk menghadirkan diri ke kelas tapi gua masih relaks bercuti di kampung halaman untuk seketika merehatkan minda yang sudah lama berperang sesama sendiri . 
Yaya semester yang tough dengan subject yang boleh dikatakan killer paper bagi diri yang tak seberapa padu ini amat mengoyahkan fizikal dan mentaliti untuk menghadapinya . Namun apakan daya kena tempuhi dengan gaya selamba juga semata mata untuk segulung sijil yang hanya membezakan sejumlah kecil berbanding dengan yang tidak memilikinya .
Lumrah manusia setiap semester baru mesti berbekalkan harapan & semangat yang baru , ya berharap dapat cuba yang terbaik untuk membanggakan kedua ibubapa adalah misi utama aku masih bertahan menjalani kehidupan disana .
Sebenarnya tiada modal apa untuk menulis , tetapi kerna masa yang terluang ini banyak disia-siakan begitu sahaja untuk mengisi sedikit kesunyian hidup bujang yang tiada fokusnya lagi .
Semoga semester ini baik baik sahaja buat semua sahabat sahabat yang sedang berjuang bersama , semoga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya .
Mudahan mudahan dengan usaha kita perolehi apa yang diinginkan . 
Semoga berjaya .


Friday, 4 July 2014

Permainan dunia

Seketika terbuai dengan segala kesenangan yang diberikan , mudah sahaja melupakan saat kejatuhan , lupa janji yang ingin dikotakan , lupa prinsip yang pernah dicipta saat jatuh dahulu.
Kadangkala ingin aku tumpukan kepada sesuatu sahaja , tapi permainan apa yang engkau putarkan ? 

Adakah permainan ini engkau ingin cuba ajak aku bermain ?

Kalau begitu ayuh kita bermain hingga tiada sifat yang boleh digelar manusia . 

Ya manusia mudah sahaja jatuh terhadap nafsunya , mudah sahaja berubah pendiriannya . Ketika ada tidak diendahkan , satu saat pabila jatuh dia juga yang engkau akan merayu mencari agar menyokong engkau bangun kembali  teguh seperti sediakala .

Kerna terhutang budi aku masih cuba menerima , tetapi jangan sampai aku mengetahui ini satu permainan yang dirancang . 
Pergilah jika sudah ada pendua , kerna bukan hidup aku untuk mengemis kepada perkara yang dibahagikan kepada dua .

Kalau ditakdirkan sesuatu sudah terjadi jangan sesali dikemudian hari ya .

Monday, 16 June 2014

Hidup mati noktah

Ya setiap yang bernyawa pasti hadapi kematian , didunia ini kita diutuskan untuk taat pada perintah dari Tuhan yang satu ALLAH S.W.T yang Maha penyayang lagi Maha pemurah , yang baik baik sahaja kita impikan yang buruk kita ketepikan . 

Apa erti hidup , apa erti mati . 
Yaya namanya manusia lahirnya telanjang perginya telanjang membawa bekalan untuk hidup yang abadi . 

Kini bukan semuanya mudah dikecapi seringkali lalai mengikuti arus dunia yang bawa entah kemana jalannya tiada lurus .
Kadangkala diuji dengan pelbagai rintangan untuk kita sedari dunia ini persinggahan sementara . 

Duganya bukan sekadar kesusahan , kadang diberikan segala kesenangan lantas hidup terus terbuai dengan mainan dunia fana . 

Harapan manusia mana yang ingin mati didalam keadaan jahil ? Yayaya semuanya pasti ingin mati keadaan yang baik itulah cita cita sebenar dialam ini bagi semua individu yang bernyawa .

Tatkala dunia semakin mencabar mentaliti mahupun fizikal , selagi diberi nafas selagi itu peluang masih ada untuk mengubah segalanya yang negatif . 

Yayaya kalau aku ingin , aku usaha . 
In shaa Allah semuanya dipermudahkan , semoga kita sama sama sempat untuk segalanya yang indah . 

Monday, 9 June 2014

#YOLO

Berjuta bintang yang diwujudkan , 
Beragam jenis warna ditonjolkan .
Kadang bersinar menerangi kegelapan,
Kadang menghilang tidak timbul kembali.

Sebuah memori mula dicipta , 
Sebuku kenangan mula ditulis .
Yayaya manusia itu aneh sikapnya ,
Seringkali mudah berubah ubah sikapnya

Yang hilang biarkan hilang , 
Kerna dunia tiada kekalnya .
Yang pergi biarkan pergi ,
Kerna dunia adil buat semua kehidupan.

Yang patah tumbuh kembali ,
Yang hilang pastikan berganti dengan hadirnya puisi dunia , maka dunia tidak susah dipelajari apatah lagi untuk difahami . Terima segalanya yang ditakdirkan , relakan hati untuk mempelajarinya . 

Sebelum bertambah mengarut penulisan ini , ayuh hilangkan kegelian ayat ayat bangang ini . 

Hai manusia yang sukar dibaca pemikirannya . Pelbagai drama yang ditonjolkan oleh kerna dunia yang dihadapinya lebih dramatik daripada manusia yang lain . Namun begitu , hidup engkau bukan susah untuk difahami , ingin saja aku kongsikan segalanya yang dimiliki baik susah mahupun senang . Yayaya hidup ini pelbagai cerita yang penuh dengan masa silam baiknya atau buruknya siapa akan kisah ? Setiap senyuman yang diberikan membuat hidupku tersenyum hingga ingin saja membalasnya dengan satu tamparan yang drastik agar mudah engkau fahami dunia ini bukan semuanya mudah untuk berpura pura . 

Ya matanya mungkin biasa , tapi tenungan sangat berbeza . Perangainya gila hingga dunia mudah ingin mendengar apa sahaja rintihannya . Tabahlah hadapi dunia baik gembira dan tangisan itu pelajaran dalam mengenal adat kehidupan bersama . 

Ingin aku kirimkan sedikit pesanan ringkas . Hadirnya setiap manusia adalah kerna telah direncanakan , janganlah mengeluh ataupun membenci setiap yang buruk terjadi , terus kuatkan diri kerna bahagia sentiasa menunggu .Tanpa yang buruk kita rugi pelajari erti hargai , tanpa hadir yang baik kita belajar dunia ini penuh tragedi yang perlu sentiasa kuat untuk menuju yang Abadi . usah bangang menipu diri kerna baik yang buruk atau pun baik pasti telah direncanakan untuk pertemuan didalam kehidupan yang singkat ini . 

Yayaya penulisan ini khas buat engkau yang sentiasa berdrama dalam kehidupan . Andai satu saat hilang segalanya , usahlah ditangisi . Kerna kebahagiaan pernah dicipta bersama . Andai mampu usaha , pastikan kita bersama menyelesaikan segalanya yang sulit buat episod episod yang akan datang . 



Tuesday, 22 April 2014

Johor Darul Takzim Family Dates

Kronologi kehidupan kian mencabar semakin meningkat arusnya entah kukuh atau tidak tiangnya sama sama kita tadahkan tangan memohon pertolongan dari-Nya agar diri ini terus teguh berdiri

Selasa , 22/April/2014 , Semester 4 .

Johor Darul Takzim simen tumpahnya titisan darah pertamaku dan Adik beradikku , rindu serindu rindunya sudah terlalu membuak ingin pulang berjumpa keluarga tercinta . Rindu bebelan ibu dan bapaku , rindu gaduh bersama abang abangku , rindu mengusik Adik perempuanku .

26 April 2014 tarikh buat Abang yang sering membantu ketika susah dan senangnya sentiasa ada bersama kami . Pertunangannya bersama gadis pilihan hati dia . Terlalu cepat masa berlalu meninggalkan memori yang begitu banyak manisnya buat Adik beradik kami . Dari kecil membesar bersama yang sentiasa korbankan apa sahaja buat Adik adiknya .

Aku sentiasa akan berdoa agar kau selalu bahagia bang , terima kasih kerana selalu ada bersama kami Adik beradik ketika kami memerlukan kau , Dari kecil hingga ke besar engkau selalu berkorban untuk Adik beradik , walaupun kau selalu buat perangai baran kau kat aku tapi aku tahu semua itu untuk didik aku jadi manusia yang lebih berguna untuk Keluarga kita . Kau pun dah tua , dah memang patut ada isteri semoga perjalanan hidup engkau semua indah selepas ini bang .

Masa berlalu meninggalkan kita zaman membina khemah dibilik , bergusti , burger , maknyah games hantu , gitar semua dah berlalu begitu . Masing masing dah berumur 20 an buat Adik beradik lelaki sekarang .

Terlalu lama bagi aku berada disini , tipulah kalau tak pernah rasa homesick . Tetapi terus sabar menunggu masa untuk berbakti buat keluarga .
Penat melayan hidup jauh dari org org yang menyayangi aku dari kecil hingga matiku kelak .

Semoga kita sekeluarga sentiasa bersama dari awal hingga akhir hingga seterusnya .

Sunday, 20 April 2014

Lirik kehidupan .

Diaturkan direncana dirancang ditulis .
Seperti satu kisah dek diolah oleh Penulisnya menjadi sebuah karya yang mungkin menarik sekumpulan manusia .

Pernah tersedar kehidupan memang sudah ada jalannya ? Kita wataknya yang sudah tertulis Dari awal hingga ke akhir untuk memegang watak sebagai apa ? Ya kita mengubahnya melalui usaha yang baik tidak selamanya baik , yang jahat tidak selamanya jahat .

Kenapa seringkali merungut dengan kehidupan sendiri ? Sedangkan puluhan ribu watak yang dicipta lebih mencabar perjalanan mereka . Ya namanya manusia susah untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada kita namun ada yang tidak dapat nikmat seperti kita perolehi .

Berjuta kenalan tidak menjamin kebahagiaan , kerna akan ada satu watak yang kita perlukan selain keluarga tercinta untuk melengkapkan kebahagiaan kita , Alangkah indahnya watak itu hadir ketika ini kepada aku yang sangat memerlukannya . Ya sudah tertulis kita diciptakan berpasangan namun semua itu dirahsiakan . Mungkin dia sama jatuh seperti aku sekarang ataupun mungkin dia baru temui kebahagiaan barunya atau mungkin dia juga memerlukan aku sekarang , fantasi kehidupan seringkali mencabar mentaliti untuk memikirnya .

Bukan nak sembang fasal jodoh , cuma nak sembang fasal kebahagiaan kehidupan . Mungkin belum ada kita sibuk mencari , bila dah ada kita abaikan . Kehidupan bro selalu berubah tanpa kira musim , penuh dengan pelbagai kejutan . Tak perlu berlagak seolah matang apabila kononnya kehidupan tidak perlukan orang lain untuk lengkapkannya , simpanlah perasaan yang acah kuat untuk menampakkan diri seperti tabah . Everybody need somebody .

Mampu tak lagi jadi tak perlulah kelam macam dah mampu menjaga seseorang , sabar tidak lama lagi kita akan bahagia ada keluarga sendiri kalau diberi peluang untuk ada . Kisahkan fasal jika ada ketika tidak mampu ini cenderungnya hanya kearah maksiat , susah bro nak jaga nafsu buat lelaki .  Ya tipulah tidak mempunyai perasaan iri hati kepada love bird love bird disekeliling , namun apakan daya at least jauh sikit kita dari maksiat atau mudah ceritanya dilindungi sedikit dari yang lain .

Apapun kehidupan ada baik dan buruknya , jangan bandingkan dengan orang lain , bersyukur jelah walau apa pun yang jadi pada kehidupan kita , senyum selalu , tolong manusia selalu . selalu cuba ingat 5 tu , Bahagia complete pakej untuk kita pasti ada .

-WestWeedArea-

Tuesday, 15 April 2014

Perjalanan

Isnin , 8 syawal 1414 , 21 march 1994. Lahirnya seorang insan tiada kotoran dihati menyedut nafas pertamanya dimuka bumi . Dibesarkan didalam keluarga yang sederhana , Keluarga yang mempunyai enam isi yang teramat hebat bagiku . Ibubapa , Abang Abang ku & Adik perempuanku adalah segalanya bagi diriku di dunia ini , tiada manusia lain selain mereka yang akan berada di waktu susah dan senang bersama diriku . Separuh darah campuran , bapaku berketurunan cina yang berupa melayu kerna dibesarkan didalam keluarga askar . Membesar seperti biasa sehingga umur mencapai Lima tahun dihantar di tadika cina , mencapai umur tujuh tahun bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Senai . kerana tidak dapat menguasai bahasa cina disebabkan rakan sepermainan semua melayu , aku memberontak keanak-anakkan ingin bersekolah bersama rakan rakan sepermainan di Sekolah Kebangsaan Senai . Berumur 9 tahun akhirnya bapaku mengalah dan memberi peluang untuk bersama teman teman sepermainan , ditempatkan dikelas yang paling Corot kerna keputusan disekolah cina sangatlah hancur berderai akibat tidak minat bersama kaum cina . Ini detik penyesalan pertama kerana terlalu ingin mengikut kawan aku tidak dapat menguasai bahasa Cina sepenuhnya . Pada awalnya aku ditempatkan dikelas paling Corot , bergaul dgn budak budak hingusan yang nakal dan disini detik aku menjadi manusia yang rugi . Keputusan aku berjaya mengalahkan budak kelas atas , aku dibanggakan cikgu dan mendapat kuasa veto untuk memilih mana mana kelas yang aku ingin masuk . kerana awal aku telah bergaul dengan budak nakal , aku memilih ingin bersama mereka . Detik penyesalan kedua didalam hidup , dan masih kerana kawan sekali lagi . Sekolah seperti biasa sikap malas belajar mula timbul kerana seronok bermain , sampai lah darjah enam aku dikelas pertama tetapi dengan prestasi yang bermain main , dan hasilnya aku kekal dengan perangai malas belajar UPSR 3A2B .

Hidup yang lagi penuh cabaran , aku mula bercampur dengan kawan kawan yang lagi bermasalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai , memang Ibubapaku tidak pernah benarkan Adik beradik kami bersekolah jauh dari mereka dan disebabkan itu aku tidak pernah rasa hidup susah Kerana semua disediakan mereka dari kecil hingga remaja . Di sekolah kerana kawan kawan yang membesar bersama , malas bersama , bodoh bersama , permulaan dunia gelapku bermula , aku mula cabut sekolah , Hisap rokok , bajet langsi , mengenali wanita lebih mendalam & sebagainya untuk dunia remaja . Nasib baik jahat aku masih belajar ketika ini , semua kerna "Nasib" sahaja . Kalau tidak sudah jauh aku tersimpang dalam dunia akademik , semua berkat kerna adanya Ibubapa aku yang selalu memainkan peranan penting, Sampai lah PMR main main jugak belajar last minute tetap ada , 3A 4B 1C rekod last minute study , masih boleh dibanggakan kerna kemalasan aku masih mampu perolehi yg agak baik .

Menengah atas , aku lagi banyak bermain disini aku kenal sahabat sahabat bukan lagi kawan kawan , yang kekal ada dan ramai yang banyak berubah kepada kebaikkan . Beribu manusia aku pernah kenal , Dan kerana ini aku cukup senang boleh mengenali yang mana betul yang mana sekadar menggunakan , dengan mudah aku boleh membaca orang orang yang aku lihat melalui cara percakapan dan apa yg difikirkan. Mula lah hidup remaja yang ingin keluar selalu ingin bergaul selalu , diwaktu ini Ibubapa aku mainkan peranan yang sangat penting dan sangat aku hargai sehingga sekarang , mereka kongkong kehidupan aku agar aku tidak tersalah pilih jalan . Aku bergaul tetapi tidak sebebas rakan rakan yang lain , aku kenali dunia luar tetapi aku jarang terikut sehingga sekarang . Kehidupan aku biasa tiada yang menarik , aku banyak salah pilih jalan dari awal kehidupan aku . Pada awal tahun 2011 , Seorang sahabat rapat ketika itu telah menghembus nafas terakhirnya kerana penyakit aneh secara tiba tiba dia meninggalkan kami . Disaat ini , sahabat sahabat terdekat banyak yang mula berubah , kami semakin membesar . Aku mula berhenti bergaul dan aku mula kekal bersama org org yang terdekat , SPM keputusan yang tidak baik dan mengecewakan Ibubapa ku .

Tamat sekolah perkara yang sangat ditunggu tunggu , 2011 detik bebas batch 94 , aku mula keluar bergaul sana sini , sampai lah aku bekerja , pelbagai kenangan lepas yang tidak pernah aku lupa , tidak pernah fikir untuk sambung belajar kerana keputusan biasa sangat . Sehingga aku kenal seseorang , dan aku buang semua kawan kawan wanita ketika itu . Bermulanya aku buat dunia aku sendiri , ketika ini aku hanya bersama sahabat sahabat yang tinggal berapa kerat . Ibubapa aku selalu berpesan kawan memang takkan ada waktu susah , tapi aku tak rasa susah waktu tu bagi aku dorang ada je , sekarang aku baru sedar semua benda yang dipesan ibubapa aku . Aku bekerja bersama sahabat baik , dan aku ikut berhenti kerja bersama dia jugak , dia pernah jatuh terlebih awal dari aku kerana tersalah beri jalan kepada seorang gadis yang aku kenalkan kepada dia , aku lihat kehidupan dia jatuh . Tapi disebabkan aku tak pernah jatuh biasa adat berkawan selalu menganjing , bagi nasihat bangang dan sekarang aku kena apa yang dia kena . Kiffarah life bro eh ?

Bukan masa cerita cintan cintun , seminggu sebelum aku daftarkan diri di tempat belajar aku sekarang , aku tidak pernah fikir mahu sambung pelajaran , bagi aku semua tu tak penting , tapi takdir ingin membawa aku ke sini , semua seolah diaturkan oleh Pencipta kita Allah SWT , aku dapat panggilan dari kenalan lama secara tiba tiba tanya aku sambung sini atau tak , dan secara tiba tiba aku berminat ingin sambung kerana ingin seronok pada awalnya , seronok kononnya jauh dari keluarga , dan disini permulaan zaman belajar kolej universiti , semester satu aku giat bergaul , tapi dengan batasan kerna aku jaga hati seseorang , semester 2 aku start malas bergaul , aku buat hal sendiri , disini baru aku dapat sahabat bukan kawan biasa , aku mula ada kaki untuk berjalan , aku keluar sana sini kemana semua bersama , semester 3 detik kejatuhan keseronokkan aku bermula , detik kegelapan mula tiba . Pelbagai ujian mula hadir sehingga lah sekarang , aku mula menjadi bukan diri aku , bukan perwatakkan diri sendiri yang sebenar dimata manusia yang baru mengenali diri , aku mula tidak bergaul dengan semua , sudah cukup letih aku mengenali ramai manusia yang bertalam , yang hanya ingin menggunakan , yang tikam belakang & pelbagai ragam. Bermula saat ini aku hanya ada untuk membantu kawan kawan yang pernah membantu aku , tidak kira masa tidak kira apa , yang perlukan pertolongan dan aku mampu pasti aku cuba ada bersama . Hidup invisible dimata orang ini memang sangat membosankan , namun aku terpaksa melakukan kerna cukuplah aku mengenali manusia lain dan fokus kepada apa yang ada sudah cukup.

Disini aku ingin ceritakan bahawa keluarga adalah segalanya yang akan menjadi selalu dicintai sepenuh hati , sahabat sentiasa ada , tapi kerna aku jauh dari keluarga dan aku sentiasa tunjuk hidup aku tiada masalah kerna aku ingin berdikari , dan aku sedar ibubapa Adik beradik adalah segalanya buat aku , keluarga yang aku ingin beri semua yang aku ada suatu hari nanti , kerana mereka aku masih ada disini , semua susah adalah ingin membanggakan mereka , berbekalkan pointer yang tidak seberapa , aku mengharapkan semester 5 nanti aku mampu buang sikap malas belajar aku ni , untuk Mereka . bagi aku rest dulu semester ini enjoy perangai ni , aku cuma harapkan , tapi jadi tak jadi tu memang takkan pasti kerna setiap sem benda ini hanya jadi angan angan tahi ayam . tapi sem last nanti aku akan cuba , cuba untuk keluarga .

Terima kasih buat semua yang pernah hadir dan pergi , sebab korang , aku jadi diri aku yang sekarang . Hidup sorang sorang sekarang lagi mencabar akal minda aku kat sini & lagi kuatkan mental aku untuk sentiasa menguatkan fizikal untuk hidup dan terus hidup agar dapat belajar dilandasan kehidupan dunia akhirat yang sebetulnya . Operasi mencari landasan hidup yang betul yang sangat aku harapkan dimakbulkan .

Yes sejam lebih habiskan masa dengan perbuatan sia sia , kan elok kalau aku rajin buat assignment sekarang ni . selagi tak dateline selagi tu relaks cmni . semoga yang dari awal bersama kat sini yang sahabat yang terdekat dahulu semuanya lah berjaya nanti . 1 2 3 dah settle . Tabah untuk setahun je lagi ni . Tahun terakhir untuk banggakan Keluarga . Semoga berhasil , percaya pada takdir , kerna takdir hidup telah ditetapkan untuk yang baik atau buruk semuanya aku minta maaf dari awal aku hidup sehingga sekarang . Aku manusia dan juga pendosa . andai aku mati terlebih dahulu , salah salah kalian aku telah ikhlas memaafkan , maafkan aku untuk yang lepas lepas .Terima kasih atas kehidupan sederhana ini .

Hidup ini hanya untuk sementara , apa guna kalau macam tiada .

Apa guna hidup kalau tak sentiasa berusaha mencari agama ?
Berapa lama ingin tersimpang ? Berapa lama ingin gelap kehidupan tiada ketenangan ?
Sempatkah untuk bertaubat ?
Mainkan soalan ini didalam minda sentiasa.
Semoga kita semua sentiasa dapat membetulkan segala kesilapan kehidupan . Semoga kita dibantu oleh-Nya sentiasa .

Hidup ini hanya untuk abadikan diri dan mencintai Tuhan yang menciptakan segalanya , Allah SWT.
Baru kita dapat segalanya yang ada dimuka bumi.

Saturday, 12 April 2014

IKHLAS

Berlalu masa kian menghilangkan sanubari , titian semakin halus tuk dijalani . Semakin hari semakin penuh berduri namun kehidupan memaksa berjalan biar pun luka semakin parah dihati .

Tercipta untuk tiap tiap insan berpasangan , yang pasti tidak diketahui siapa yang layak bersama diri , berpeganglah bahawa tiada yang menjadi milik abadi , kerna jasad & roh bukan milik sendiri .

Nafsu perosak harmoninya manusia , punca retakkan jalan yang dirancang bersama tempoh lalu , Ego musnahkan segala istana , Maafkan diri ini kerna telah menjadi sebagai perosak dan pendosa .

Tiap saat dibelungi kesilapan lepas , semoga kesilapan itu tidak dibawa semasa pemergian yang dipinta . Tanpa disedari waktu sudah pun berlalu , perasaan sudah silih berganti .

Yang baik tercipta buat yang sama baik , tidak selari buat yang buruk hati ini . Doa telah dimakbulkan agar si pujaan rasai kebahagiaan sentiasa , pengalaman mengajar agar tidak ulangi kesilapan lepas . Penyesalan demi sesalan atas kesalahan lalu biar ditanggung si pendosa ini .

Andai menganggu sedikit emosi , maaf dipinta kerna yang hina ini cuma insan biasa , demi Allah perasaan ini bukan dipinta , ia hadir sendiri , bukan malas berusaha untuk memadamkan yang wujud tersendiri , namun seringkali gagal . Sudah acapkali berputus asa kerana sakit pedihnya memang tertusuk sedalam dalam benak hati . biarlah ia menjadi ujian agar selepas ini tidak tersalah langkah. kadang tidak mampu mengawal emosi , kerna sudah terlalu lama cuba tabah menghadapi takdir kehidupan maaf kerana kadang menjijikkan hati si pujaan . Peritnya sudah tidak terperi , biarlah ditanggung buat diri sendiri .

Tiada yang buruk berlaku , semua semakin indah buat seseorang yang menjadi pemegang kunci . kiasan menjadi inspirasi bukan niat ingin simpati sekadar berkongsi apa yang tidak mampu diluahkan oleh bibir sendiri . Terbisik didalam hati semoga suatu hari nanti dapat merasai kebahagiaan yang hakiki seperti yang telah merasai .

#PowertakPower tidak diambil peduli , yang penting luahan hati yang tulus sudah berjalan baik seperti yang diinginkan . kalau yang membaca timbul geli , yang menulis ini sudah ingin mati menahan geli sendiri . kerna terpaksa berperwatakkan begini agar semua jelas difahami .

Jangan kembali .

Saturday, 5 April 2014

Terusan kehidupan

Hancurnya jiwa kerana nafsunya ,
Hancurnya pendirian kerna harapan gunungnya .

Ternyata satu impian demi impian bukan mudah untuk dikecapi . Landasan kehidupan tidaklah selari dengan perancangan manusia , landasan kejayaan penuh dengan liku liku kejatuhan . Dari kejatuhan bangkit , tempuhi satu demi satu ujian . Tuhan Maha Adil lagi Maha Bijaksana bukan mengajar manusia berdoa tanpa berusaha . Kejatuhan diberi agar manusia sedar dunia hanya sementara . Tiada yang menjadi kekal milik selamanya .

Kehidupan pasti ada surut pasangnya , derita datang mengajar . kebahagiaan datang supaya dihargai . Alangkah indahnya mampu mengajar diri agar terus bersyukur keatas apa yang jadi .

Sunday, 16 March 2014

DiPenjara Hati

Apa yang ada dalam kehidupan . Apa yang ditunjuk melalui kehidupan . Gaya berjuta cara sembunyikan apa yang sebenarnya ada didalam hati . Tidak perlu sokongan mahupun belas ihsan . Hidup lah didalam diri sendiri , Tiada yang dapat bantu kecuali diri SENDIRI . Perasaan bukan diminta melalui minda . Tapi hadir perasaan itu dari hati yang membawa ke minda pemikiran . Terasa hidup seperti sangat susah untuk diteruskan ? Percayalah berjuta lagi insan yang berada dalam ujian yang lebih mencabar mentaliti mereka . Ujian nya bukan menyakitkan dalaman tetapi ujian yang menyakitkan fizikalnya. Pernah menjadi seorang yang sangat mudah untuk bersujud kepada yang Maha Esa ? Kenapa tinggalkan sejenak ? Jangan sesekali tinggalkan kerna syaitan itu tidak henti ingin jatuhkan iman didalam jiwa roh seseorang manusia . Menyesal ? Tanpa usaha yang kuat semua ini tidak akan berjaya walaupun sedaya upaya kuatkan minda . Kerna tanpa paksaan terhadap fizikal perkara wajib ini amat mudah dilalaikan . Baik bukan terletak pada cara , tapi baik itu terletak kepada diri kita yang taat . Manusia baik terhadap manusia terlalu ramai . Namun jika tidak ada hati pada agamanya . Semua itu seperti sia sia . Banyak perkara yang silap pernah dilakukan . Dalam hati kerap ingin dijauhkan . Apabila terjadinya semua ini . Hati merana , Namun kebaikkannya terpancar jelas . Bila ? Nanti ? Sempat ke ? Hm semua bermain diminda . Masih tidak jalankan lagi . Penyesalan sia sia belaka . Kenapa tidak dijaga terus ketika kejatuhan melanda diri . Begitu mudah lupakan apabila sudah pulih seperti sedia kala. Harapan sentiasa ingin jadi seperti saat kejatuhan ingin kekalkan segalanya. Bukan mudah cabaran ini . Semoga kita semua sempat kenal erti hidup yang sebenarnya . Tiada guna kejar dunia fana ini kerna semua pasti Akan ditinggalkan sama ada cepat atau lambat tapi PASTI .

Monday, 3 February 2014

Tiada .

Sejenak indah kita bersama , hilang begitu tanpa tanda tanya . Dunia , setiap yang disayangi pasti akan pergi tanpa permintaan , tanpa kembali , yang pergi pasti Akan terus pergi , Tiada yang sudah pergi akan kembali , bernasib baik jika masih berjodoh dialam yang pasti dan nyata iaitu syurga . Cintalah berapa banyak berapa dalam berapa banyak perngorbanan , kalau ditakdirkan sudah sampai waktu pasti berpisah , bila bila entah bila masa yang tepat akan di jemput . Di dunia yang fana penuh fenomena , keluarga adalah segalanya . Baik jahat atau baik pasti kita diterima keluarga kita dari besar Hingga lah kita tiada lagi . Alangkah indah nya jika kita berpeluang bahagia kan semuanya yang kita sayang . Cukup bertuah kalau dapat begitu . Ampunilah segala dosa yang pernah di buat didunia , kita tak lari dari buat silap kadang kadang silap yang kita buat berulang kali . Amalan entah tahap mana je ada . Tak cukup sedia lagi untuk semua ni . Tiada perpisahan yang tiada tangisan penyesalan . Berpisah didunia bersama orang yang disayangi dah cukup terasa . Apatah lagi yang berpisah kerana kematian . Hati manusia sering berbolak balik . Sekejap baik , sekejap leka , sekejap Ulangi kesilapan , mana ada hijrah yang senang , tersedar seketika , kembali balik kepada diri yang tidak baik . Kalau diberi peluang baru dapat tersedar balik . Kalau tidak sempat ? Sampai bila ? Asyik berfikir tentang dunia , itulah kita manusia . Sering leka tempat ni semua sementara bila bila masa boleh diambil balik . Kejar dunia penat , kejar dunia tak beri apa apa kecuali bahagia seketika . Namun semua ini ada sebab , yang jadi pasti ada sebab . Bukan di buat sesuka hati . Hikmah pasti ada .

Tuesday, 14 January 2014

Kuala Lumpur.

Berdasarkan tajuk , siapa orang Malaysia yang tak pernah dengar nama kota ni ? Cabaran dugaan kehidupan yang ada kat kota ni seperti yang diceritakan memang ada tapi setakat ini takda lah benda yang buruk terjadi lagi macam dalam drama . Cuma kota ini tempat aku belajar , tempat dimana aku berjauhan dengan keluarga buat kali pertama. Selama ini aku tak pernah merantau hidup sebagai perantau semua dekat tak pernah susah layan hidup berdikari . Tapi ini buat pertama kali aku jauh dari segala . Setahun setengah aku dah ada belajar hidup kat sini . Macam macam benda ada tapi bagi aku kat sini orang terpaksa habiskan duit untuk dapatkan hiburan sendiri kerana kat sini kurang ada tempat nature untuk berhibur mendapatkan ketenangan hidup . Pada awalnya seronok sebab berjumpa dengan orang baru bergaul . Tapi lama lama tahu lah Rasanya duduk kat sini . Taraf hidup tinggi sikit . Tapi semua okay je pada awal . Dulu aku bahagia kat sini aku belajar hidup sendiri itu semua buat sendiri . Dekat sini juga aku belajar apa itu adat kehidupan . Terlalu banyak kenangan yang ada dekat sini , setiap jalan yang aku lalu semua buat aku teringat masa lalu . Jalan jalan yang awalnya aku sebagai perjalan kaki kat sini , jauh mana pun aku tak kisah berjalan asalkan dapat gembira jumpa orang yang aku nak jumpa , bila difikir balik jalan kaki dulu aku sanggup . Ada sekali tu aku jalan jauh tapi tak jumpa pun atas sebab tertentu penat aku jalan jauh tapi aku tak kisah sebab aku yang nak . Bulan januari tahun lepas . Aku masih ingat apa yang jadi . Sekarang Alhamdulillah ada pengangkutan semua . Cerita kenangan kat sini banyak jatuhkan aku sekarang , setiap jalan yang aku lalu buat aku jatuh , bagi aku sekarang aku taknak ada kat sini , taknak balik sini sebab aku tahu Terlalu banyak sebab untuk aku jatuh . Aku rindu semua benda yang aku ada dulu dan kerana rindu ini lah buat aku jatuh . Cuti sem dah habis bermula lah hidup aku kat sini sebagai seorang pelajar sem 4 . Setahun lagi aku nak hadap benda ni . Kalau bukan aku sendiri yang gembira kan hati siapa lagi boleh buat . Aku harap aku dapat tempuh hidup sorang kat sini dengan bergaya dan berjaya . Aku harap semua orang yang aku kenal dari awal aku ada kat sini berjaya dalam hidup masing masing . Baik kawan kawan dan orang orang yang pernah jadi orang penting bagi aku kat sini . Sekarang tanggungjawab aku belajar je . Buat untuk ibubapa . Takda dah jaga jaga hidup orang fikir hidup orang bantu atau nak mintak bantu aku . Semua aku mula sorang buat sem ni . So harapan aku , aku Mampu buat semua ini . Aku taknak jatuh Terlalu awal . Kota ini banyak dugaan tambah tambah godaan nafsu , harap harap tak terjebak dengan perkara yang bukan bukan dulu tak buat sebab masih fikir ada orang nak dijaga tapi sekarang takut mudah terjebak dengan benda tak elok . Sem 4 memori baru semua baru . Tahun 2014 umur 20 aku nak tengok apa yang Akan jadi . Siapa aku nak tahu masa depan , ini semua sudah ditakdirkan , aku memang dah ditakdirkan untuk tempuh hidup dan belajar kehidupan disini . Siapa aku nak lawan benda ni . Aku harap semua dipermudahkan . Aku Doa kan rakan rakan yang lain turut berjaya . Dah ramai yang hilang bermula sem ni . Ayuh berubah dan fokus . Salam Maulidur Rasul buat semua .