Monday, 2 February 2015

What goes around turn around.

Sejenak aku berhenti dari menulis interaksi didalam hati,
Kononnya ingin lari dari segala ambisi dunia yang kian sarat ditengah minda ini,
Satu satu cuba aku perhatikan apa yang bakal terjadi jika dibiar segalanya berlalu pergi,
Macam kebiasaan semuanya aku buang jauh dari diri tiada apa yang aku tinggalkan bersama lagi,
Tenang kehidupan itu aku rasai, makin lama makin jauh pergi tiada baliknya lagi.
Makin dewasa makin banyak diduga, tidak seperti dahulu kala permikiran ini mula dikawal nafsu semata.

Setahun hidupku kaji semua yang hadir tanpa diduga, tak kira baik atau buruknya aku jalankan saja.
Entah berapa banyak penyesalan yang aku hendak cipta didalam alam remaja ini,
Gara gara hilang satu habis semua aku balaskan, kenal seketika bukan susah untuk aku jatuhkan.
Perwatakkan aku mungkin baik, tapi aku sedar dalaman ini cuma tuhan yang tahu,
Biarlah aku hukum diri sendiri buat masa ini, kerna sudah terlalu jauh aku pergi beberapa bulan yang lalu.Bukan seorang bukan dua hendak dikira ramai juga telah aku jelajahi kehidupannya.

Satu per satu jenis manusia yang secara tidak sengaja hadir tanpa dijemput dialam kehidupan aku, pelbagai watak aku kenal satu per satu. Entah kenapa mudah sangat semua itu terjadi didalam kehidupan aku sejak sejak itu, datangnya bukan aku yang cari tetapi semua seolah terancang untuk hadir. Dari yang celaka hingga sebaik baik manusia aku kenal dengan mudah. Entah mungkin itu cara setan nak jatuhkan aku barangkali.

Kini aku sedar semua benda, aku buang segalanya. Aku dah jauh dari situ bukan lagi tempat yang akan aku jejaki semula. Aku akan terima balasan untuk setiap apa yang aku lakukan. Dari awal hingga sekarang, jangan kau khuatiri jangan kau takut. Teruskan saja perjalanan kehidupan ini, suatu saat kita akan bertemu lagi kalau ada takdirnya lagi.