Jiwa yang telah lama hilang kini datang memenuhi diri , tidak dinafikan gembira kadang kadang mula hadir kembali . Tapi tidak selalu . Tidak seperti gembira yang biasa lagi tapi cukup untuk menghiburkan hati yang lama sunyi dan hilang entah ke mana melarikan jiwa bersamanya . Terima kasih buat semua yang mampu membuat diri ini tersenyum walaupun hadirnya kadang kadang seperti biskut cips lebih tapi sudah memadai buat seorang hidup yang masih mencari kakinya kembali untuk berdiri teguh seperti dahulu kembali . Tidak banyak diminta cukup lah ketenangan yang hadir walaupun kadang kala hadirnya perasaan cemburu iri hati dengan kehidupan manusia lain tapi selalu muhasabah kan diri sendiri supaya hapuskan sisa sisa negatif yang hadir dalam hati . Dendam bukan cara untuk membuat seseorang itu berjaya berdiri teguh tapi akan jatuhkannya buat selamanya . Jangan risau tiada kesalahan yang tidak dimaafkan buat semua yang mungkin pernah melakukan kesilapan kerana setiap masa diri ini akan selalu memaafkan orang lain dengan harapan suatu hari nanti dapat dibalas benda yang sama iaitu dimaafkan oleh orang orang yang pernah diri ini melakukan kesilapan agar tenang tanpa dosa terhadap manusia di masyar nanti . Aku bukan lah seorang penulis yang baik namun aku cuba untuk menyampai kan sesuatu mengunakan teknik kiasan yang kenal diri ini pasti akan mudah terasa , yang tidak pasti terasa seperti diri ini seorang yang positif . Tidak hidup diri ini terlalu banyak kurangnya terlalu jauh tersimpang jangan salah menilai kerana secara jujur diri ini terasa hina kerana selalu terjatuh dengan godaan nafsu sendiri . Alhamdulillah masih diberi peluang keputusan sem ini tidak jatuh seperti dijangka kerana ketika peperiksaan terlalu banyak yang menimpa diri terasa seperti tidak mampu untuk meneruskan semuanya . Bersyukur kerana masih boleh teruskan , tahniah kepada seorang hamba Allah S.W.T kerana telah menemui sesuatu , disini gembira mendengar khabar berita itu , walaupun terasa seperti tikaman mengejut namun diri ini cuba kuat untuk menerima sesuatu yang terjadi . Jangan ingat senyuman ku adalah kerana kegembiraan , beribu pahit masih disimpan masih tidak lenyap . Buat seorang sahabat , kini pembalasan telah diterima pada dahulu kala aku melayan diri engkau begitu kini engkau layan aku begitu kembali . Tapi jangan risau aku tidak akan marah malah aku sedar betapa tidak berhati perut aku dahulu . Maafkan lah masa silam itu . Sekian .
Sunday, 22 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
Sunyi Sepi Suram Seram Sayang
Based on title dipagi yang mulia ini . Setelah aku buang segala we chat punya kenalan selama beberapa hari . Ya sunyi sepi hidup baq ang . Dimalam hari jadi seram sorang sorang sebab tak boleh tidur ni dah datang balik penyakit ni . Terasa sayang sebab buang . Tapi disebabkan sudah nekad habis habisan tidak mahu ada sesiapa cukuplah satu nama didalam hati yang masih kekal dijiwa dan raga biarpun perasaan selalu terasa seperti dipinggirkan bagai hidup anak anak jalanan . Tak larat kadang kadang melayan perasaan yang tidak diingini datang tapi apa kan daya harus ditempuhi demi kebahagiaan orang orang tertentu . Ya dulu hidup ini bagai tiada masalah , seronok berada dimana saja . Tapi sekarang berbeza , alang alang berbeza macamni diambil keputusan untuk hilangkan segalanya yang ada dah alang alang pekasam sudah tercelup biarlah sampai ke pangkal telinga . Alang alang semua dah dilepaskan buang lah yang lain lain . Hidup ini turun je rasa , sunyi je rasa , like Nobody cares about me. Takpalah dugaan kan sunyi gelap gelita ini kita terangi lah dengan benda yang lebih baik . Ya jujurnya memang tak seronok perasaan ni ada . Tapi kebaikkannya banyak bagi semua pihak yang turut terlibat bagi menjayakan program anti sosial . Bagi aku hidup aku gelap sekarang ni . Sangat gelap aku sendiri kena gembira kan hati . Kena ketawa sendiri senyum sendiri takda orang mampu buat aku seronok macam dulu . Penangan dulu lain macam , disebabkan itulah aku nak hargai masa tu betul betul , takkan ku sia sia kan walau sesaat andai ku dapat undurkannya seketika . Harapan , harapan menjadi layu . Secara jujur lagi ikhlas seumur hidup aku ini lah kali yang pertama aku sakit begitu lama . Sehingga tiada seorang mampu buat aku gembira . Andai disana ketuk disini tiada rasa apa . Tak tahu apa kenapa mengapa semua ini aku masih rasa , tapi yang pasti ada sebabnya . Satu nak buat betul betul bagi terjatuh , satu lagi nak beri kebahagiaan . Itu je lah yang mungkin tujuan apa yang masih ada dalam hati ini masih wujud . Aku tak sedia apa apa . Aku tak cari apa apa . Cukuplah aku perhati dari jauh buat masa ni . Sampai satu saat aku berhenti dari semua mungkin saat tu kebahagiaan telah menjadi milik engkau I will always pray for it and sorry for my past behavior . Andai nyawa tak cukup panjang . Percayalah aku tak simpan sikit pun marah dan aku cukup faham . Sebab benda ni memang banyak terjadi . No body perfect :) sorry tiada unsur serious untuk tulisan kali ini biasalah waktu macam ni ayat serious hilang dibuai dengan tambahan ngantuk otak tak dapat berfikir dengan baik .Okay dah memanggil ayuh jalani yang pasti !
Tuesday, 17 December 2013
Adat Kehidupan .
Siapa hidupnya yang gembira sepanjang masa dari lahir hingga ke alam lain ? Nabi Muhammad kekasih Allah S.W.T pun diberi ujian hidup . Bukan soal jatuh buatkan kita gagal selamanya . Dari jatuh kita berjaya bangun dan mula mengetahui apa itu adat kehidupan . Dulu seronok kan ? Hari hari gelak gelak ketawa tak ingat mati. kadang kadang je sedih tersentak kejap dengan emosi . Lepas dari tu datang balik gembira yang konon tak henti . Sekarang cuba rasa hidup tak pernah rasa gembira secara terus terusan , nak tengok boleh bawa ke tidak hidup macam ni ? Sukar sangat sangat nak khabarkan benda ni . Yang alami je mungkin rasa benda ni . Yang tak mungkin sangat susah untuk mengetahui malahan nak memahami . Beribu nasihat , masih sama sampai harini . Hikmah tersembunyi lama ni memang dugaan dia tinggi sangat tinggi bagi orang seperti aku yang masih mentah tentang kehidupan . REAL LIFE . Kosong sangat hidup ni . Takda dah luah luahan hati bagai buat masa ni . Tiada seorang pun akan faham melainkan diri sendiri yang rasai benda ini bohh . Nasihat je mampu kita layankan kadang kadang semua orang sama je . "Alaa relaks kejap je tu mat" , " cari lah orang lain isi kekosongan settle bro ", baq hang aku ni bukan dendam orangnya , bukan sebab hidup sorang yang aku nak sampaikan , tu yang belah belakang memori memori 4567382 gb dari awal aku kenal manusia sekarang ni asyik bermain di minda . Terutama diri aku yang dulu yang boleh tahan mendajalkan kehidupan orang , serba salah ni tak lari , dah jadi hantu menghantui hidup aku sekarang . Tak seram , tapi menyesal kenapa aku macam tu layan orang . Mintak maaf tak cukup bagi aku . Takpalah nak buat macam mana PAST IS PAST , LET BE GONE , BE BY GONE . Hanya satu pintaku , andai tidak sempat , terlupa , terngadah atau sudah tiada . Maafkan lah diri ini aku manusia , yang tak pernah lari buat silap . Mana tahu tak sempat nak cari korang , hidup ni bukan kita tentukan , maafkan diri aku buat orang orang yang pernah aku buat silap . Hanya ini yang mampu aku ucapkan buat masa ni .
Saturday, 14 December 2013
Tiada Tajuk
Sebuah cerita berlalu , beribu drama terjadi , pelbagai memori tercipta baik yang manis atau pahit . Hidup ? Tiada yang baik selalu dan pasti ada cacat celanya . Berjuta cerita didalam dunia yang fana ini . Beribu kesilapan aku pernah lakukan , bukan kehidupan yang sempurna aku cari tapi biarlah cukup indah sebelum aku meninggalkan semua ini . Kadang kadang aku tersentuh hati terlinang airmata kenapa aku selalu tewas dengan syahwat dan nafsu . Andai aku mampu andai aku tidak hidup bercampur pasti aku tidak terpengaruh dengan sekeliling . Nafsu adalah perkara yang terlalu banyak jahatnya . Menjatuhkan , menjauhkan dan menghilangkan semua kebaikkan yang ada dalam diri . Penyesalan tidak cukup untuk mengimbau kembali semua . Kenapa aku tidak boleh jadi sebaik seperti ketika berjauhan kenapa aku terlalu mudah digoda dengan nafsu . Kehidupan manusia yang membezakan cuma amalannya . Hari demi hari berlalu . Masa silam masih pekat didalam minda ini . Aku cuba yang terbaik untuk mendapatkan ketenangan dalam hidup . Tapi pasti masa silam menganggu ketenangan yang datangnya seketika . Andai aku mampu aku tidak akan sia sia kan apa pun yang ada . Tapi kerana tidak mampu aku lepaskan semua yang ada . Walaupun semua ini cukup perit aku lalui hari hari tapi aku pastikan ada kebaikkan buat semua yang dilepaskan . Hidup kita berbeza . Engkau dengan dugaan lain aku dengan dugaan lain . Tapi yang sama sakitnya didalam hati seperti luka seorang penghidap Kencing manis . Lukanya yang sukar untuk sembuh . Roda kehidupan kita berbeza , mungkin engkau sama dibawah dengan aku dan mungkin engkau diatas sekarang . Kehidupan memang sukar untuk dijelaskan yang pastinya kita akan mati mungkin sempat merasa bahagia mungkin sempat merasa derita . Kita hidup hanya untuk menunggu kematian . Tiada yang kekal , alangkah indahnya kalau selalu diberi petunjuk oleh Allah S.W.T , selalu mendapat Kasih dan SayangNya . Andai tidak dapat . Andai tertinggal kerana selalu gembira . Andai apa yang kita rasa ini hilang tidak lama lagi dan mula lupa kembali . Siapa yang mampu mengingatkan ? Tiada siapa . Aku cukup takut aku kembali seperti dulu yang tiada erti cuma tahu bergelak dan buang masa . Kalau aku kembali seperti dulu siapa yang akan mengingatkan aku . Kalau aku tidak sempat masa tu . Penyesalan apa yang aku mampu ketika itu ? Aku pegang satu kata , derita pasti akan temui bahagia yang akan datang . Dugaan yang sekecil ini mampu jatuhkan aku . Dugaan orang lain ? Mampukah aku seperti mereka ? Yang kehilangan semua yang tersayang ibu bapa adik beradik ? Mampukah ? Semua persoalan ini bermain di minda yang aku mampu ungkapkan tabahkan hati mereka . Disaat kalau aku yang lalui seperti mereka ? Siapa yang akan menjadi penguat aku masa tu ? Tunduk setunduknya sembahlah yang hanya SATU . Aku mengharapkan aku mampu jadi yang lebih baik . Bukan pada adab tapi baik didalam kehidupan .
Thursday, 12 December 2013
HATI
Kadang kadang aku tertanya . Apa yang aku buat dalam hidup . Apa yang telah aku lakukan pada masa silam . Banyak sangat aku lupa banyak sangat aku berhibur tanpa memikir apa yang akan jadi . Bukan nak menafikan tapi aku nampak tuhan tarik apa yang aku ada tahun ni sekelip mata , orang yang banyak bagi aku semangat kat sana dan sahabat . Pada awalnya aku mengeluh . Aku memang melakukan kesilapan . Tapi siapa aku ni ? Aku manusia . Yang pasti akan sentiasa lakukan kesilapan . Disaat aku memikirkan apa yang jadi . Aku tahu ini semua kuasa Allah S.W.T agar aku sedar takkan ada yang akan kekal bersama . Pertemuan pasti ada perpisahan tapi biarlah kematian adalah perpisahan kita. Aku terima ujian ini dan aku menyukai ujian ini sebab aku mula berfikir . Research sana sini untuk mengetahui lebih dalam . Tapi yang aku pelik kenapa Hati aku masih lagi selalu terasa seperti ditekan sesuatu . Aku redha dengan semua yang berlaku . Pengajaran ini cukup bermakna sebab aku tak pernah serious dalam apa pun sebelum ni . Kali ini aku serious dan aku faham apa yang jadi pada masa lepas . Nak menyesal dah tak guna . Bangkit dari tidur perkara yang terbaik . Biarlah Hati ni kekal rasa macamni buat beberapa lama . Untuk aku tahu hargai apa yang selepas ini . Selepas aku kaji kaji rupanya apa yang aku kena ni ada kaitan dengan seseorang . Tapi Alhamdulillah lah dia masih bersama berkawan dan memaafkan segalanya malah bagi nasihat yang kuat . Pesanan ringkas Hati hati memberi hati jangan terlalu yakin dengan janji janji kerana tak semua janji dapat ditepati .
Hidup Hari Ini Semalam dan Tidak Tahu Sampai Bila .
Tiada yang banyak berubah . Masih sama dan masih kekal sama . Sudah beberapa bulan berlalu aku masih sama . Setiap malam aku akan senyap melihat masalah atau kegembiraan orang lain . Aku cari satu demi satu orang untuk tengok kehidupan . Semua berbeza . Ada yang mungkin sama situasi tapi berbeza rasa dan cara luahan . Perubahan kehidupan ini banyak mengajar . Terlalu banyak . Aku seperti baru tersentak dari mimpi yang indah yang aku sangat berharap menjadi pasti tapi mustahil untuk realiti kan nya . Pelbagai cara aku cuba untuk hilangkan perasaan yang muncul dan akhirnya aku terima semua rasa ini seperti dah sebati dengannya , bagi aku ini semua seperti perlu dan tak boleh dihilangkan . Mungkin untuk aku belajar supaya tidak selalu bermimpi . Aku masih berharap semua ini ada sebabnya atau menjadi ujian buat aku . Allah S.W.T yang beri rasa ini dan semua ini berlaku diatas kehendakNya . Siapa aku untuk persoalkannya ? Siapa aku untuk bertanya kenapa jadinya perkara ini ? Aku cuma hamba yang perlu diuji dan aku mesti terima ujian ini . Disebalik semua terjadi aku bersyukur kerana masih sempat untuk berfikir tentang diri aku yang telah lama tersimpang . itu cerita dimalam hari . Dipagi hari bangun sebelum bangun seperti biasa mimpi aku tak pernah berubah kalau di rumah sendiri . Mimpi yang selalu datang yang dulu buat aku gembira tapi sekarang setiap kali aku akan terfikir dan berfikir kenapa begitu kuat syaitan menganggu emosi aku didalam mimpi . Sudah cukup lama aku tidak tersenyum dipagi hari kerana beberapa sebab . Aku mungkin berharap pada yang tak pasti . Tapi aku akan terus mencari yang pasti supaya aku boleh hidup seperti orang lain . Seperti saat manis aku dahulu .