Sunday, 22 December 2013

Kadang Kadang Kadang kala

Jiwa yang telah lama hilang kini datang memenuhi diri , tidak dinafikan gembira kadang kadang mula hadir kembali . Tapi tidak selalu . Tidak seperti gembira yang biasa lagi tapi cukup untuk menghiburkan hati yang lama sunyi dan hilang entah ke mana melarikan jiwa bersamanya . Terima kasih buat semua yang mampu membuat diri ini tersenyum walaupun hadirnya kadang kadang seperti biskut cips lebih tapi sudah memadai buat seorang hidup yang masih mencari kakinya kembali untuk berdiri teguh seperti dahulu kembali . Tidak banyak diminta cukup lah ketenangan yang hadir walaupun kadang kala hadirnya perasaan cemburu iri hati dengan kehidupan manusia lain tapi selalu muhasabah kan diri sendiri supaya hapuskan sisa sisa negatif yang hadir dalam hati . Dendam bukan cara untuk membuat seseorang itu berjaya berdiri teguh tapi akan jatuhkannya buat selamanya . Jangan risau tiada kesalahan yang tidak dimaafkan buat semua yang mungkin pernah melakukan kesilapan kerana setiap masa diri ini akan selalu memaafkan orang lain dengan harapan suatu hari nanti dapat dibalas benda yang sama iaitu dimaafkan oleh orang orang yang pernah diri ini melakukan kesilapan agar tenang tanpa dosa terhadap manusia di masyar nanti . Aku bukan lah seorang penulis yang baik namun aku cuba untuk menyampai kan sesuatu mengunakan teknik kiasan yang kenal diri ini pasti akan mudah terasa , yang tidak pasti terasa seperti diri ini seorang yang positif . Tidak hidup diri ini terlalu banyak kurangnya terlalu jauh tersimpang jangan salah menilai kerana secara jujur diri ini terasa hina kerana selalu terjatuh dengan godaan nafsu sendiri . Alhamdulillah masih diberi peluang keputusan sem ini tidak jatuh seperti dijangka kerana ketika peperiksaan terlalu banyak yang menimpa diri terasa seperti tidak mampu untuk meneruskan semuanya . Bersyukur kerana masih boleh teruskan , tahniah kepada seorang hamba Allah S.W.T kerana telah menemui sesuatu , disini gembira mendengar khabar berita itu , walaupun terasa seperti tikaman mengejut namun diri ini cuba kuat untuk menerima sesuatu yang terjadi . Jangan ingat senyuman ku adalah kerana kegembiraan , beribu pahit masih disimpan masih tidak lenyap . Buat seorang sahabat , kini pembalasan telah diterima pada dahulu kala aku melayan diri engkau begitu kini engkau layan aku begitu kembali . Tapi jangan risau aku tidak akan marah malah aku sedar betapa tidak berhati perut aku dahulu . Maafkan lah masa silam itu . Sekian .

No comments:

Post a Comment