Kadang kadang aku tertanya . Apa yang aku buat dalam hidup . Apa yang telah aku lakukan pada masa silam . Banyak sangat aku lupa banyak sangat aku berhibur tanpa memikir apa yang akan jadi . Bukan nak menafikan tapi aku nampak tuhan tarik apa yang aku ada tahun ni sekelip mata , orang yang banyak bagi aku semangat kat sana dan sahabat . Pada awalnya aku mengeluh . Aku memang melakukan kesilapan . Tapi siapa aku ni ? Aku manusia . Yang pasti akan sentiasa lakukan kesilapan . Disaat aku memikirkan apa yang jadi . Aku tahu ini semua kuasa Allah S.W.T agar aku sedar takkan ada yang akan kekal bersama . Pertemuan pasti ada perpisahan tapi biarlah kematian adalah perpisahan kita. Aku terima ujian ini dan aku menyukai ujian ini sebab aku mula berfikir . Research sana sini untuk mengetahui lebih dalam . Tapi yang aku pelik kenapa Hati aku masih lagi selalu terasa seperti ditekan sesuatu . Aku redha dengan semua yang berlaku . Pengajaran ini cukup bermakna sebab aku tak pernah serious dalam apa pun sebelum ni . Kali ini aku serious dan aku faham apa yang jadi pada masa lepas . Nak menyesal dah tak guna . Bangkit dari tidur perkara yang terbaik . Biarlah Hati ni kekal rasa macamni buat beberapa lama . Untuk aku tahu hargai apa yang selepas ini . Selepas aku kaji kaji rupanya apa yang aku kena ni ada kaitan dengan seseorang . Tapi Alhamdulillah lah dia masih bersama berkawan dan memaafkan segalanya malah bagi nasihat yang kuat . Pesanan ringkas Hati hati memberi hati jangan terlalu yakin dengan janji janji kerana tak semua janji dapat ditepati .
No comments:
Post a Comment